Saya ingin berkongsi pengalaman tentang satu produk penapis air iaitu Bio Aura Hi-Tech Water System with Nano Technology yang diperkenalkan oleh SSM Puan Shamsiah (Pensyarah IPG Teknik Cheras ) Biasanya salesman bawa clear folder dan bercakap saje, tapi beliau datang membuat demo dengan menggunakan peralatan seperti penguji klorin, penguji PH dan 500ml air Bio Aura. Terdapat beberapa perkara yang menarik hati saya untuk memiliki set penapis air ni, iaitu:
- air yang diuji datangnya dari paip rumah saya sendiri.
- melihat sendiri kehadiran klorin dan bagaimana klorin ini larut dalam beras (jadi hari-hari saya makan nasi dan bawang berklorin tanpa disedari)
Dengan penerangan dan perkembangan semasa yang kita sendiri tahu tentang pencemaran sumber air yang dijadikan air untuk kegunaan kita pada hari ini, saya mula sedar kepentingannya dan keperluan untuk ada perawat air (water treatment). Setelah mengambilkira kepentingannya bagi keluarga saya, saya juga menggunakan penapis bagi air yang digunakan untuk masakan dan minuman saya seisi keluarga.
Kini saya tertarik untuk menghebahkan kepada pengguna kelebihan Boi Aura dan keuntungan menyertai keluarga HAI-O ini. Saya telah menyertai keluarga HAI-O dan mula menjadi pengedar Bio Aura ini. Banyak juga rakan yang mempunyai penyakit mengakui kelebihan air ini seperti buah pinggang, asma dan lain-lain.
Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih. Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting. Bagaimana menentukan keberkesanannya? Dapatkan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan berikut.
APA ISTIMEWANYA BIO AURA?
Air minuman yang disalurkan keluar dari paip air rumah saya kerap tercemar. Adakah Bio Aura dapat mengatasi masalah ini?
Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia memenuhi piawaian WHO tentang air yang sihat:
Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
Unsur-unsur mineral yang seimbang;
Nilai pH cenderung kepada alkali;
Molekul-molekul yang kecil.
Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada molekulmolekul yang kecil dan tersusun rapat supaya dapat menembusi sel-sel badan dengan mudah dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
Penghadaman;
Menyingkirkan bahan buangan;
Melicinkan sendi-sendi;
Mengimbangkan suhu badan;
Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.
FIKIRKAN KEPERLUANNYA DIRUMAH ANDA
Perawat air seperti Bio Aura ini bukan sekadar menapis air yang masuk ke rumah kita, ianya juga merawat air yang mungkin mencemari air yang kita hendak gunakannya. Kini kita didedahkan dengan pelbagai penyakit yang menghantui kita dan seisi keluarga. Terutamanya penyakit seperti batu karang, penyakit buah pinggang dan berbagai lagi penyakit kronik yang punca utamanya dari apa yang kita makan dan minum seharian.
Satu pendedahan untuk pembaca bagi kawasan Kerian ini, air yang dibekalkan ke rumah kita sumbernya mengandungi batu kapur selain klorin yang agak tinggi. Rumah yang hanya memiliki 1 penapis masih belum mampu menapis kandungan tersebut dari diminum oleh kita.Penapis tersebut mengandungi tingkat batu-batu kecil yang jika terlalu lama akan menghasilkan lumut dan kuman yang terus mencemari air kegunaan kita. Kita perlu dapatkan penapis yang berfungsi sebagai perawat air seperti Bio Aura ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment